Assalamualaikum... nak sambung cerita tadi pulak ea.. hehe
selepas dah jumpa dgn Dr.Farhana dekat Temerloh ni(sy menetap di sini), teros Dr kol untuk pasang pendakap gigi.. waktu tu memang seronok amat. gigih google segala bagai pengalaman orang pakai braces. ramai yang cakap sakit. yep, sakittttt sangatttt.. huhuhu *nangis kalau ingat balik. waktu tu terima kasih pada housmate azizah banyak bagi semangat dan kongsi pengalaman (sebab die pun pakai braces).
Jijah(azizah) cerita x sakit sangat. sakit 3 hari je.. itupun sakit boleh tahan. tipu! sy sakit seminggu! imagine sampai badan ni yang dh kurus jd kuruihhh keringgg... sebab xde selera nak makan dan hari2 makan bubur. tapi nasib baik waktu mula2 pakai dulu bulan puasa. tak tergoda pun dengan makanan.
antara sakit dan simptom yang sy alami ketika pakai braces:-
1~ sakit gosok gigi
2~ sakit masa nak mengunyah makanan (sebab gigi berlaga atas bawah)
3~ nak cuci muka pun sakit sebab tersentuh mulut. (dapat bayangkan tak seksaan tu?)
4~ malam paling sakit berdenyut
5~ bila bercakap ada sesetengah huruf yang sebutannya jadi pelat (tp lama2 ok je)
6~ gigi jadi tak lut. cnth nak gigit plastik roti atu plastik sos jadi x terkoyak langsung.
7~ daging tolak tepi. sebab ghenyah kalau melekat celah2 gigi dan besi.
8~ tak boleh cium/laga2 pipi dengan orang. sakit kalau tersentuh
actually, Mr.google dah terangkan dh pun semua2 tu... jijah pn dah cakap sikit2. tp nak sangat cantikkan gigi. tak heran la orang cakap ape pun kan.. hahahaha!!! but, trust me BERBALOI BALOI BALOI sakit tu... sifir die mudah je. sabar. sekarang dah setahun lebih pakai braces dah boleh ghenyihhh leborrrrr.. siapa2 yang nak pakai braces jangan risau. Dr tau yang terbaik utk patient die, dan sakit tu x lama... bkn kekal bertahun2. seminggu dua je.. berbaloi2!! ok husband dah balik masjid. nanti sambung. bye!
tambahan: dulu waktu sakit baca mandremmm hari2 "beauty is pain, beauty is pain, beauty is pain" hehehehe...
No comments:
Post a Comment