Wednesday, 17 August 2016

ohhh abc & cendoi

Assalamualaikum.. hai diary.. :P

semalam jalan-jalan petang dengan en.suami.. die melayan kerenah isterinya ni nak sangat makan abc. kami naik motor pusing2 kawasan kampung. terjumpa la satu kedai dekat dengan jalan besar ni...

kami pun duduk dan oder abc untuk sy dan cendol utk en.suami. walaupun die tengah diet tapi terpaksa la mengelat jap sehari. huhu siap pakej en.suami tambah oder mee kari lagi ha.. sy ambil kuih cakoi (sebab assume kuih ni lembut2 boleh kunyah. gigi sakit sebab baru tukar getah).

part yang sedih dan mengecewakannya bila sampai je oder kami... emmm abc dgn cendol xde ais sangat. boleh dikatakan 80% air 20% ais. itupn blend x hancur. kecewa. tapi kami makan je... kami diam menyepi menikmati airrr kami. tiba-tiba en.suami cakap "....ليس بالسلج" (btol x ejaan sy tu??) huhu.. disebabkan akak yang buat air tu ada dekat dengan kami, en.husband ckp b.arab untuk cover luahan die tu. hahahaha rase klakar plk waktu tu.. hehe tp sy reply jgk la walaupun b.arab dh tunggang langgang. "emm.. aah... الماء فقط". lepastu kami pun diam..

selesai bayar dan dalam perjalanan balik kami pun luah dan buat sedikit perbandingan dengan kedai-kedai yang kami biasa pergi. kitorang ni lebih kurang macam food hunter la jgk. kah! tapi in the end, conclusionnya tak pe la bang.. harini Allah takdirkan rezeki untuk orang tu..

tambahan: sebenarnya dah banyak kali en.suami ckp b.a bile nk meluah atau komplen. tp mostly sy cuma dengar je sebab paham tp x reti nak respon balik dalam bahasa tu.. huhuhu kemana ilmu yang kau pelajari selama bertahun2 kimahhhhh!! hihihih terkubur.

Al kisah braces/pendakap gigi part 2

Assalamualaikum... nak sambung cerita tadi pulak ea.. hehe

selepas dah jumpa dgn Dr.Farhana dekat Temerloh ni(sy menetap di sini), teros Dr kol untuk pasang pendakap gigi.. waktu tu memang seronok amat. gigih google segala bagai pengalaman orang pakai braces. ramai yang cakap sakit. yep, sakittttt sangatttt.. huhuhu *nangis kalau ingat balik. waktu tu terima kasih pada housmate azizah banyak bagi semangat dan kongsi pengalaman (sebab die pun pakai braces).

Jijah(azizah) cerita x sakit sangat. sakit 3 hari je.. itupun sakit boleh  tahan. tipu! sy sakit seminggu! imagine sampai badan ni yang dh kurus jd kuruihhh keringgg... sebab xde selera nak makan dan hari2 makan bubur. tapi nasib baik waktu mula2 pakai dulu bulan puasa. tak tergoda pun dengan makanan.
   
        antara sakit dan simptom yang sy alami ketika pakai braces:-
  1~ sakit gosok gigi
  2~ sakit masa nak mengunyah makanan (sebab gigi berlaga atas bawah)
  3~ nak cuci muka pun sakit sebab tersentuh mulut. (dapat bayangkan tak seksaan        tu?)
  4~ malam paling sakit berdenyut
  5~ bila bercakap ada sesetengah huruf yang sebutannya  jadi pelat (tp lama2 ok je)
  6~ gigi jadi tak lut. cnth nak gigit plastik roti atu plastik sos jadi x terkoyak langsung.
  7~ daging tolak tepi. sebab ghenyah kalau melekat celah2 gigi dan besi.
  8~ tak boleh cium/laga2 pipi dengan orang. sakit kalau tersentuh

actually, Mr.google dah terangkan dh pun semua2 tu... jijah pn dah cakap sikit2. tp nak sangat cantikkan gigi. tak heran la orang cakap ape pun kan.. hahahaha!!! but, trust me BERBALOI BALOI BALOI sakit tu... sifir die mudah je. sabar. sekarang dah setahun lebih pakai braces dah boleh ghenyihhh leborrrrr.. siapa2 yang nak pakai braces jangan risau. Dr tau yang terbaik utk patient die, dan sakit tu x lama... bkn kekal bertahun2. seminggu dua je.. berbaloi2!! ok husband dah balik masjid. nanti sambung. bye!

tambahan: dulu waktu sakit baca mandremmm hari2 "beauty is pain, beauty is pain, beauty is pain" hehehehe...

al kisah braces/pendakap gigi

Assalamualaikum... hari ini terdetik nak share kisah mula2 sy nk pakai braces.

Sebenarnya niat nak pakai pendakap gigi dah lama.. lama sangat3. dari zaman study kat USIM dulu lagi.. tapi dulu x kerja, xde income sendiri. harapkan pinjaman je memang cukup2 blanje makan dgn bayar study je.. bestfrend gn boyfrend (skrng dh jd suami :P ) waktu tu ckp ''tak pyah la kimah ko nk pkai braces tu.. gigi ko dh elok''. tiap kali cakap nak pergi buat gigi mesti ad yang cakap cmtu.. so hold dlu niat lagipun xde duit kan.....

Alkisah gigi sy ni sebenarnye....... bertindih2. bertindan2. berebut2 nk keluar tumbuh. huhu.. gigi taring nahhh terpacak dua butir kt bahagian graham atas. gigi kapak depan senget. gigi bawah je tersusun cantik comel2. hehehe disebabkan gigi ni x berapa kemas. so, bila bergambar konfirmmmm tutup mlut. walaupun dipaksa selfie gn kawan2 buat muka comel, or senyum macam mana sekalipun memang tak nakkk senyum. (ingat lagi dulu aby sokmo paksa2 suruh senyum. bkn x nak tp ak malu weyyyyy). dan, muka ni jarang senyum dgn orang. series je... paling senyum lebar pn tetap tutup mulut. xde ghenyih sampai nampak gigi. dan... level confident pn kurang. esp in public..... emmmmm.....

Beberapa tahun lepas hbis belajar, dalam 4 atau 5 tahun camtu.. sy pn dah kerja. waktu tu kerja sebagai manager butik. income dh ada. husband (dlu boyfrend) ajak bertunang. eksited!!hee.. tp malu sebab gigi x beratur. huhu dipendekkan cerita kitorang pn bertunang. anddddd seminggu lepas bertunang terus sy pergi cari klinik gigi swasta yang doc nye perempuan. Teros masuk klinik jumpa doc dan set apoinment utk pkai pendakap!!! waktu tu memang kekuatan dan keberanian tu dtg dengan sendiri. huhu dh la first jumpa teros buat acuan, teros gigih g buat x-ray. ha!! semangat nak lawo.


nanti sambung cerita lagi ye..

tambahan : kenapa sy cari klinik dokter perempuan? sebab sy malu gigi ni diterjah dan dilihat oleh doc lelaki. hihihi alhamdulillah.... jumpa dr.Farhana

Wednesday, 10 August 2016

cuba lagi sweet couple

cuba lagi kimah. cuba lagi duan. 
berlegar2 dalam kepala ni.. nak luah macam2. 

tadi, selesai pergi tandas perasan yang cik P datang.. ya! benci! 

its already 7 bulan kimah. 7 bulan kahwin but masih lagi tiada tanda-tanda akan dapat baby dlm masa terdekat. orang boleh cakap its ok kimah, awak baru kahwin je.. tp dalam hati ni sape tahu... 

abang.... sayang mintak maaf. mungkin kita ada salah dan cari mana silapnya. love you


sumpah! respect! tabik! hormat! yang bertahun-tahun sabar tunggu cahayamata.

moga yang kedua lebih bermanfaat untuk diri dan semua

assalamualaikum...

hai pada yang mula mengenali diri ini..
emm.. jari kaku. dah lama tidak menaip sejak habis study. laptop ni pon dah berhabuk :P
actually, this is my second blog. first buat mase bujang2 dulu. seronok. tapi terlampau sibuk urusan 'dunia' sampai tak ingat nak update dan gmail pn lupa. haihh...hehe

blog yang ke dua ni tercetus nak buat semula untuk share pengalaman yang tak seberapa banyak ni... untuk simpanan sendiri. dan kalau ada kawan2 yang nak baca silakan.... love it.


kimah.